Hot tiket yang bikin HOT temper!

Ok. Petang ni semua benda yang berlaku sangatlah menguji tahap kesabaranku.

First, aku ne memang jenis orang yang tidak suka menunggu. Tapi kalau buat orang lain menunggu, boleh pulak. Hehh. Dan sebab itulah bila aku terpaksa tunggu seseorang benda ne akan mempengaruhi mood aku. Kalau setakat tunggu untuk 5-10 minit tu boleh tahan lagi ok! Tapi ne dah dekat 1/2 jam. Aku neh pantang jugak dengan orang yang agak slowmotion bila bergerak. Ohh pelisss la ya bila kau tahu orang tengah tunggu kau boleh tidak kau buat sesuatu dengan cepat sikit? Dah la aku senggugut and mahu balik awal. Huhh. Erk.. mmg obvious aku ne cerewet dgn karenah manusia sekeliling kan? well, maybe sebab aku kacukan ET. Ok, nonsense.

Ok, ini baru cerita yang sebenar pasal hot tiket. Hehe.

Dulu aku bukan kesah sangat pasal hot tiket mahupun cold tiket ne. Hehh.
Maklumlah tersangatlah jarang topap kredit sebab..... errr... sebab..... hp buat perhiasan saja.
Paham apa maksudnya? Hehh.
So tadi aku ada la beli hot tiket ne. Rm8 saja yang mampu. 50 minit talktime & 100 sms. Mmg berbaloi-baloi rasanya bg org-org yang suka gayut suka msg ne. Untuk orang yang macam aku ne pula, da habis tempoh pun balance masih banyak. Huhh.
Dengan tiada perasaan aku pun masukkan la kod topap ne. Then kluar gni:

Maaf, permintaan anda tidak berjaya. Cuba masukkan pin sekali lagi. Dail *105*<14-digit kod>#. Terima kasih.

Ok. Mungkin aku salah tekan nombor. Cuba sekali lagi. Then kluar gni lagi:


Maaf, permintaan anda tidak berjaya. Cuba masukkan pin sekali lagi. Dail *105*<14-digit kod>#. Terima kasih.

Ok. kesabaran tu mula pudar suda. Percubaan kali ketiga. 

Maaf, permintaan anda tidak berjaya. Cuba masukkan pin sekali lagi. Dail *105*<14-digit kod>#. Terima kasih.

Baiklah. HOT tiket ini sudah bikin aku HOT temper. Ok, try pulak call HOTline maxis.
Tambah bikin hot sebab dah call 1 2 3 4 5 kali pun tiada operator jawab. Ne mmg bikin PANAS!

Lepas sejam tu aku try topap balik. Lebih 10x ok aku try masih tidak dapat. Then aku call maxis balik. Pinjam hp adik aku pulak. Balance call dia ada 175 minit lagi ok.
Maybe kalau aku ada couple kompom aku curik talktime adik aku ne. Hehh. Naseb baik masa ne operator maxis tu jawab. Lelaki. Bagus sikit. Kalau urusan begini ne aku suka sikit cakap dgn lelaki compare to girlsssss... sebab lelaki kadang tidak banyak songeh cam pompuan. Hehh. Cakap punya cakap. Ok dia suruh tunggu SEBENTAR. Aku dengan penuh keSABARan pun tunggu la sambil dgr bunyi-bunyian bengong dr sana. Huhh. Sabar, ok. Rasanya dekat 5 minit da aku tunggu. Then operator tu cakap balik. Bla..bla..bla... Dia suruh tunggu SEBENTAR lagik. Ok, kesabaran aku dah tinggal 40% ne. Tunggu lagik then... tetttt.... Call ended. Kredit habes. Huhh. Rupanya call ne dia caj bukan guna talktime hot ticket ok! habes rm2.55 just for nothing! HOT ok!

Tiba-tiba call masuk...
Operator tadi tu call aku balik.
Naseb baik dia tahu kredit da habes.
And naseb baik dia masih pedulikan hal aku ne.
Sejuk sikit hati ne... Hehh. Lelaki. Hehh.
Tapi problem masih belom setel lagi.
Kena tunggu dalam masa 3 hari nanti maxis akan call balik.
Then dia msg bagi ref no.
Malas sudah mahu pikir. Tunggu jugak la jawabnya. Huhh.


Moral of the the story:
Sila lah jadi orang yang penyabar. Hehh.



Ok.Sekian.Daa ~


1 comment:

cik jumi said...

org sabar dsyg tuhan..