ini memang makluk asing yang comel ok!


Assalamualaikum.



Macam dah lama pulak tidak update belog ini.
Memandangkan tiada juga benda yang hey-pening dalam kehidupan maka belog akan sunyilah jadinya.



Entri ne saja mahu buat ucapan tengkiu sama itu incik Fadzmie
Dia dengan berbaik hatinya sudah tolong buat header alien ne.
(Eh,,, ET ne memang buta IT ok!)
I like it, Bro. 
Tenkiu so muchhhhh~!!! :D



 So sesiapa yang mahu minta bantuan cik abang ne buat header boleh la terjah belog beliau di sini http://www.fadzmiemohamad.com.
Silalah buat rundingan damai dengan beliau terlebih dahulu hehehehe.











Kursus Pengurusan Jenazah


Assalamualaikum. 

Sabtu minggu ni telah dipaksa diwajibkan untuk ke sekolah.
KKS anjurkan kursus pengurusan jenazah.
Memandangkan aku rasa aku ne memang jahil bab² agama.
Memang excited la jugak mahu pergi.
Lagipun bagus juga menuntut ilmu fardhu kifayah ni.


Penceramah tu kerja di jabatan forensik HDOK.
Ustaz rosdi nama dia. Bujang anak dua.
Kehkehkeh.
Memandangkan cikgu-cekgi di sekolah ni memang semua lucu-lucu belaka maka sesi ni memang best juga la.


Some of the pics yang aku snap during the session. 
Tapi blur la cos guna cam hp saja.
 Eh, pics yang kena uplod pun secara random tidak ikut sususan sebenar. Huhh.




antara barang-barang yang perlu disediakan. Ok, pic blur.

Pelajar yang jadi model cara-cara mandikan jenazah






 







Tukar model pulak untuk dikapankan. Muka tersangatkah annoying konon² mati terkejut :P

Cawat dibuat guna kain kapan & kapas

kain kapan diukur mengikut saiz jenazah tapi haruslah dipanjangkan sejengkal dua (untuk ikat)

jenazah lelaki 3 lapis kain manakala jenazah perempuan 5 lapis

baju dan kain jenazah yang dibuat guna kain kapan juga.

Kapas digunakan tuk menutup bahagian kaki


masuk part ne aku dah naik seram



jenazah suda siap dikapankan... mmg seram saja tengok begini. Then cara-cara untuk solatkan jenazah pun diterangkan.

Ni anak ustaz nazri yang comel tapi nakal.

Hahaha mmg terbukti kenakalan dia neh...
Ok da selesai sila lah untie kan kapan tersebut karang jeng jeng jeng pulak kejadiannya.



Banyak jugaklah input yang diterima dari kursus ni.
Mmg insaf la juga jadinya.
Marilah kita sentiasa mengingati hari kematian. 






"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan.."









Erk... dah dengar bapa azan... oleh itu marilah offline dan tunaikan kewajipan. 












Ok.Sekian.Daa ~












makin tua makin malas



Erm.




















Besok exam. Perintah Am.
 Bukan Pengajian Am. Macam la pernah ambil stpm. Hehh.





Tapi.
Buku ini sangat memboringkan.
Baca satu perenggan sudah rasa bosan.
Dan..... terus membuatkan aku
ZzZzZzZzZz ~

























Malas baca so kena la rajin tanda.
Alaaa.... open-book juga sebenarnya.
Kalau tidak lulus memang bangang la jawabnya. 














erk.. gambar sekadar hiasan.
Bukti ketensenan. 
Tension la konon. Hehh.












Ok.Sekian.Daa ~











Jealousy


Assalamualaikum.


Pernahkah anda berasa cemburu? Apa? Tidak pernah? Ahh.. bohonglah. Hehh.
Cemburu atau jeles ne biasanya berlaku dikalangan orang-orang yang bercinta. 
Tapi aku bukan mahu cerita pasal cemburu buta pasangan bercinta ni. Ehem, i single lagi. Hahahaha. Aku selalu jugak rasa jeles bila tengok couple yang ala-ala sweet gitu. Rasa macam aku pun mahu satu. Hahaha. Jeles yang aku mahu cakapkan ni ialah perasaan cemburu di kalangan adik-beradik. Jealousy among siblings ok!


Perasaan cemburu terhadap adik beradik ne biasanya akan lead to persaingan sesama sendiri. Benda ne of course la kan ada pro and cons dia. Perasaan tidak puas hati akan sering timbul dalam diri si penyemburu itu dan mungkin boleh menyebabkan tingkah laku negatif seperti bersikap biadap and tidak puas hati dengan kasih sayang yang diberikan parents. Contohnya, "mak aku paling sayang dengan abang aku,, kalau aku ne apalah saja.. ". Ni ialah perasaan cemburu sebab dia rasa parents dia tu sayangkan abang/kakak/adik dia lebih dari dia. Ok to be honest, aku selalu rasa begitu. Walaupun kami cuma tiga beradik and i am the only girl tapi aku selalu fikir yang parents aku sayang lebih dekat abang aku. Entahlah. Aku pun tidak tahu punca sebenar perasaan tu muncul. Maybe sebab abang aku kan jauh dan bila dia call rumah parents aku jadi super excited and dari dulu lagi  aku rasa yang he got more attention than me. Annoying kan perangai aku ni. Macam kurang kasih sayang betul. Huhh.Tapi dengan adik aku tidak pula rasa begitu maybe sebab jarak umur kami. Biasalah adik bongsu mesti la kesayangan.


Persaingan yang sihat pula bila kau berusaha untuk jadi yang lebih baik dari adik beradik tu. Contohnya bila abang kau ne kerja ok gaji pun mantap. Maka sebab kau cemburu tu la kau pun akan berusaha untuk dapatkan kerja yang lebih baik or setara dengannya. Tapi bila end up dengan kau tidak dapat capai matlamat tu kau pulak jadi down dengan diri sendiri. Huhh. Ok sebenarnya aku jugaklah yang begitu. Sekarang ni memang aku down dgn diri sendiri sebab aku rasa aku worthless sangat to my family. Dulu masa kecik-kecik boleh juga aku bangga sikit coz akademik aku better than my bro. But then i realized academic tu bukanlah jaminan tuk masa depan. It depends on ur effort actually. Kalau kau malas berusaha u will get nothing. Aku pernah rasa kecil hati masa aku dengar mak aku say tQ to my bro coz give her money. Dalam hati aku  rasa jeles sebab aku pun bagi duit jugak monthly but mum never said like that. Mungkin sebab aku cuma bagi sikit ja compare to my bro. Thats why la aku desperate sangat mahu better job than now. Aku mahu jugak ada gaji tinggi and dapat bagi mum belanja yang cukup. Ne jeles di jalan yang benar bah kan? Hehh.



Tapi jealousy among siblings ne bukanlah simply mean kau ne anti dengan adik beradik kau or u dont love them. Biasalah dalam hidup ne kita memang selalu buat perbandingan. Yang penting, dont make the jealousy creates distance among the siblings. Sebab at the end of the day, bila kita ada masalah, mereka jugalah yang akan sentiasa berada dgn kita. Kan kita biasa dengar cemburu tandanya sayang. Maknanya kau cemburu sebab kau sayangkan diorag lahtue. Hehh.





P/s: Kejelesan aku ne mungkin tidak disedari oleh famli aku.





Ok.Sekian.Daa ~



Bosan.

Bosan.




Bosan.




Bosan.








Bosannya.








Hari bekerja tidak sabar mahu cuti.
Hari cuti tidak sabar pulak mahu bekerja sebab......






Bosan. 






Kenapalah makin hari makin membosankan hidup ini.












Ok.Sekian.Daa ~


Dialah Bintang Hatiku


Assalamualaikum.








Ini Nur Qisya. 
Anak kazen aku yang dibabysitkan oleh my mum.
Umur dia 24 bulan. 
Kecik-kecik lagi tapi dah petah bercakap.
Mulut dia ne memang jarang la sangat diam.
Tapi sebab tu lah jugak dia jadi penghibur kami sekeluarga.
Rumah kami yang sunyi ne dah meriah kalau qisya ne ada.
Bila mum dia cuti & tidak hantar dia ke rumah.
Rasa sunyi jugak.
Yalah aku tinggal dengan parents and adik laki aku saja.
Hujung minggu mcm ne mmg aku habiskan masa dengan tidor main dgn dak qisya ne la.





macam muka nenek yg dlm katun tweety tu plak kan





ne bestfren qisya.. c "kawan"... Bear ne ex-bf aku yg bagik masa zaman hingusan dlu hehehe




kecik-kecik da pandai posing gedik... Hehh! Bukan aunty yg ajar ok!





hobi dia maen ps2 hehh




 
tengok tu,, kosentret habes!





Qisya macam orang tua. Hehh. 








Tadaaaaaaaaaaaaa ~








Hehehehee... comey kan.. macam mak nenek.



















Harini qisya tiada. Aunty neena rindu.




Ok.Sekian.Daa~

Hot tiket yang bikin HOT temper!

Ok. Petang ni semua benda yang berlaku sangatlah menguji tahap kesabaranku.

First, aku ne memang jenis orang yang tidak suka menunggu. Tapi kalau buat orang lain menunggu, boleh pulak. Hehh. Dan sebab itulah bila aku terpaksa tunggu seseorang benda ne akan mempengaruhi mood aku. Kalau setakat tunggu untuk 5-10 minit tu boleh tahan lagi ok! Tapi ne dah dekat 1/2 jam. Aku neh pantang jugak dengan orang yang agak slowmotion bila bergerak. Ohh pelisss la ya bila kau tahu orang tengah tunggu kau boleh tidak kau buat sesuatu dengan cepat sikit? Dah la aku senggugut and mahu balik awal. Huhh. Erk.. mmg obvious aku ne cerewet dgn karenah manusia sekeliling kan? well, maybe sebab aku kacukan ET. Ok, nonsense.

Ok, ini baru cerita yang sebenar pasal hot tiket. Hehe.

Dulu aku bukan kesah sangat pasal hot tiket mahupun cold tiket ne. Hehh.
Maklumlah tersangatlah jarang topap kredit sebab..... errr... sebab..... hp buat perhiasan saja.
Paham apa maksudnya? Hehh.
So tadi aku ada la beli hot tiket ne. Rm8 saja yang mampu. 50 minit talktime & 100 sms. Mmg berbaloi-baloi rasanya bg org-org yang suka gayut suka msg ne. Untuk orang yang macam aku ne pula, da habis tempoh pun balance masih banyak. Huhh.
Dengan tiada perasaan aku pun masukkan la kod topap ne. Then kluar gni:

Maaf, permintaan anda tidak berjaya. Cuba masukkan pin sekali lagi. Dail *105*<14-digit kod>#. Terima kasih.

Ok. Mungkin aku salah tekan nombor. Cuba sekali lagi. Then kluar gni lagi:


Maaf, permintaan anda tidak berjaya. Cuba masukkan pin sekali lagi. Dail *105*<14-digit kod>#. Terima kasih.

Ok. kesabaran tu mula pudar suda. Percubaan kali ketiga. 

Maaf, permintaan anda tidak berjaya. Cuba masukkan pin sekali lagi. Dail *105*<14-digit kod>#. Terima kasih.

Baiklah. HOT tiket ini sudah bikin aku HOT temper. Ok, try pulak call HOTline maxis.
Tambah bikin hot sebab dah call 1 2 3 4 5 kali pun tiada operator jawab. Ne mmg bikin PANAS!

Lepas sejam tu aku try topap balik. Lebih 10x ok aku try masih tidak dapat. Then aku call maxis balik. Pinjam hp adik aku pulak. Balance call dia ada 175 minit lagi ok.
Maybe kalau aku ada couple kompom aku curik talktime adik aku ne. Hehh. Naseb baik masa ne operator maxis tu jawab. Lelaki. Bagus sikit. Kalau urusan begini ne aku suka sikit cakap dgn lelaki compare to girlsssss... sebab lelaki kadang tidak banyak songeh cam pompuan. Hehh. Cakap punya cakap. Ok dia suruh tunggu SEBENTAR. Aku dengan penuh keSABARan pun tunggu la sambil dgr bunyi-bunyian bengong dr sana. Huhh. Sabar, ok. Rasanya dekat 5 minit da aku tunggu. Then operator tu cakap balik. Bla..bla..bla... Dia suruh tunggu SEBENTAR lagik. Ok, kesabaran aku dah tinggal 40% ne. Tunggu lagik then... tetttt.... Call ended. Kredit habes. Huhh. Rupanya call ne dia caj bukan guna talktime hot ticket ok! habes rm2.55 just for nothing! HOT ok!

Tiba-tiba call masuk...
Operator tadi tu call aku balik.
Naseb baik dia tahu kredit da habes.
And naseb baik dia masih pedulikan hal aku ne.
Sejuk sikit hati ne... Hehh. Lelaki. Hehh.
Tapi problem masih belom setel lagi.
Kena tunggu dalam masa 3 hari nanti maxis akan call balik.
Then dia msg bagi ref no.
Malas sudah mahu pikir. Tunggu jugak la jawabnya. Huhh.


Moral of the the story:
Sila lah jadi orang yang penyabar. Hehh.



Ok.Sekian.Daa ~


Aku dan c Jerawat yang kejam


Ok. Ini ialah entri tidak puas hati sebenarnya.
Oleh sebab jerawat yang sangat kejam telah meng'attack' aku di kawasan yang paling tidak strategik di muka iaitu di tengah-tengah hidung aku yang separa mancung ini maka aku telah menjadi 
bahan olok-olok-ketawa-sesuka-hati-bikin-sakit-hati. 
Arghhhh~!! walaupun aku trep-trep cool saja namun dalam hati ku cuma orang yang baca blog ne saja yang tahu. 
T.T

Aku sebenarnya bukan tidak biasa dengan jerawat ne.
Muka pun bukannya licin macam telur rebus tp sebaliknya ada jugak persamaan dengan permukaan bulan atau juga planet marikh, barangkali.  Ahhh,, ada aku kesah.
Tapi... Tapi... Kali ini lain sikit aku rasa.

 Baiklah. Besok aku terpaksa merajinkan diri pergi bandar untuk beli krim muka paling murah iaitu temulawak yang sudah berkurun lamanya juga aku tidak pakai. 
Tiba-tiba rasa aku perlukan benda itu seperlu-perlunya.





Actually aku rasa aku terlebih emo ne pun gara-gara PMS. 
Hahahaha. 



Ok.Sekian.Daa~